Day 2
Sebaik saja terjaga...kami dah pun sampai Seoul airport...selesai urusan passport semua, ambik luggage dan bergerak keluar dari airport. Kami disambut oleh 2 orang pemandu pelancong di mana salah sorang merangkap driver bas. Dengan bas kami menuju ke nami island yang memakan masa sejam lebih dari airport. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah di sebuah restoran yang menyajikan makanan vegetarian berupa sup alga dan nasi yang goreng bersama cendawan. Menurut pemandu pelancong kami cendawan adalah makanan yang paling mahal di Korea...itu yang dorang gitau...dan sup alga dorang cuma air dan alga sahaja....bukan mcm sup kat Malaysia berminyak dan ada pak aji...
Nampak tak sup alga yang warna hijau dalam mangkuk putih tu?? hehe...rasanya agak tawar...dan kat tengah tu ada kuali nasi digoreng dengan banyak sayur-sayuran...hehe....memang bukan kegemaran ku tapi dah lapar makan je la...tak boleh memilih sangat....memang di luar bandar Seoul makanan halal susah didapati..
Sebelum meneruskan perjalanan ke Nami Island sempat lagi kami tukar pakaian hoho...bayangkan dari pagi semalam pakai baju yang sama mestilah busuk korang...tak mandi pun x pe la asalkan dapat berus gigi dan cuci muka...hehe...akhirnya kami sampai ke Nami Island, untuk sampai ke sini pengunjung perlu menaiki feri...sebab ia mcm di kelilingi tasik yang cantik. Masa ni hujan baru berhenti...Buat pengetahun korang Nami Island ni jadi tarikan kepada pelancong selepas ia menjadi lokasi untuk penggambaran Winter Sonata sebuah drama Korea yang sangat popular dahulu...
Pemandangan yang sangat cantik...Nami Island ni luas, setiap orang dapat pamplet yang mengandungi peta supaya kalu sesat boleh la rujuk kat peta tu. Kami pun bergerak...mula2 tu berkumpulan lepas tu ikut kaki masing2 tapi pukul 3 ptg kami mesti berada di hadapan jeti untuk balik. Rasanya kalu korang datang time autumn atau salji mesti lagi cantik...diri ku memang teringin tapi sebab cuti hanya boleh time sek cuti saja...so redha je laa...kan
Pemandangan tepi tasik yang sangat cantik...pic sebenarnya banyak tapi yang sesuai untuk tatapan korang yang ini sajerr...
Kami berhenti solat kat sebuah masjid di bandar Seoul, lepas tu pergi makan nasi beriani kat restoren Pakistan. Alhamdulillah...bersyukur sangat2 sebab bukan kenyang sangat pun makan kat vegetarian food tadi...hehe..Makanan dia sangat sedap dan untuk pengetahuan korang cuma ada restoren makanan halal Pakistan kat Seoul sahaja...Sori pic lupa nak ambik...
Selesai makan, kami check in hotel di Incheon....wah bestnyer dapat tido dengan selesa malam ini dan mandi dengan sepuas2 nya...sori pic dalam bilik lupa nak ambik korang...tapi biliknya ok dan selesa...Nanti sambung dalam Korea part 3..tata...
No comments:
Post a Comment