Hari ini my fren mrs B datang ke rumah...so pikir2 nak masak apa la dia datang nanti sebab aku bukannya pandai masak sangat. Nasib baik dia jenis tak memilih, makan apa sahaja...hehe..so suka ati la nak masak apa pun. Dapur kat rumah dah lama tak berasap ni...nampak sangat malas masak.
Ikan bakar bersambal
Bahan-bahan
lengkuas 3cm *
halia 3cm *
serai 1 batang *
bawang putih 2 ulas *
bawang merah saiz besar 2 biji *
cili kering 15 keping *
belacan (dibakar) 4 cm *
yang bertanda * di blend
2 ekor ikan selar saiz besar
daun limau purut(dihiris halus
cara memasak
1. Bahan yang blend tadi ditumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan garam, gula, bahan perasa dan air asam jawa.
2. Bila sambal yang ditumis dah masak, angkat dan ketepikan.
3. Kemudian lumurkan ikan dengan bahan tumis, taburkan daun limau purut dan balut dengan daun pisang dan aluminium foil.
4. Bakar dalam oven sehingga masak, masa 30 min.(Tadi bakar atas kuali jerr)
Kangkung goreng belacan
yang ni tak payah letak resipi, mesti korang dah tau kan...
Bubur kacang hijau
Simple je resepi...selamat mencuba dan selamat menyambut Awal Muharam...
No comments:
Post a Comment