journey ke korea ni dah lama...gi bln 6 last year, kita mula dengan......
day 1
kami semua berkumpul di klia untuk penerbangan ke saigon, vietnam. Perjalanan rasanya dalam 2 jam kot utk sampai ke sana. Tiba di airport kami di sambut oleh pemandu pelancong yang sangat ramah dan terus membawa kami bersiar2 di sekitar bandar saigon. Daripada pemerhatian, ramai penduduknya menggunakan motosikal sbg transport pengangkutan. Halaju pemanduan semuanya ditetapkan 30km/j...tak kira la kereta atau motor. Memang nampak sangat menarik...mcm konvoi beramai2...dan walaupun nampak sesak.....untuk melintas tiada masalah kerana mereka akan berhenti...
kami dibawa ke pusat kraftangan orang kurang upaya...x salah aku mereka ni semua mangsa peperangan. Mereka menghasilkan kraftangan daripada pecahan kulit telur...sangat kreatif dan cantik. Namun kos untuk barangan kraftangan ini sangat mahal...hoho...setakat tengok je la...
kemudian, kami dibawa ke pejabat pos yang cantik...x salah aku ni tinggalan penjajah perancis...kalu salah mintak maaf yer...kat cni ada jual setem kenangan yang cantik.
selepas menunaikan solat jamak, kami makan malam di sebuah restoren halal...kemudian selepas makan kami berjalan2 di sekitar bandar saigon untuk menikmati pemandangan pada waktu malam. Kami pergi ke shopping mall sementara menanti masa ke airport untuk penerbangan ke seoul...
Sampai airport check in....then berlepas ke seoul, perjalanan selama 5 jam kot dan aku memang tido lena dalam flight...selamat mlm saigon...good morning seoul...ok kita sambung dlm part 2 nanti..
No comments:
Post a Comment